0

Proses Pembangunan Multimedia

Posted in


FASA 1 – PERANCANGAN

Langkah 1 - Pembangunan Konsep

Setiap projek multimedia menjanakan idea tersendiri. Proses penjanaan idea adalah berdasarkan beberapa persoalan seperti berikut :
  • Bagaimana sesuatu maklumat boleh dipersembahkan dalam bentuk multimedia yang lebih impresif dari segi kualiti grafik dan maklumat terkini ?
  • Bagaimana kita boleh mengubah kandungan yang menjurus ke arah keperluan pasaran yang pelbagai ?
  • Bagaimana kita boleh mengoptimumkan teknologi terkini ?
  • Bagaimana kita boleh menukarkan dari tajuk tunggal ke tajuk bersiri ?
  •  Bagaimana kita boleh membuat pempakejan semula dan mengubahsuai isi kandungan ?


Langkah 2 – Pernyataan Tujuan
  • Setelah pembangunan konsep dibuat, matlamat dan objektif haruslah diperincikan. Matlamat merupakan konsep umum mengenai projek yang dibina manakala objektif adalah pernyataan yang lebih terperinci. Matlamat dan objektif boleh menentukan hala tuju proses pembangunan produk multimedia.
  • Pembangunan produksi multimedia merupakan suatu proses kerja berpasukan, maka adalah penting bagi sesuatu objektif yang tetapkan itu memenuhi fokus,
  • landasan, peruntukan dan masa yang ditetapkan.

Langkah 3 – Kenalpasti pengguna

Semakin banyak maklumat tentang keupayaan atau kebolehan pengguna yang diperolehi individu yang akan membangunkan sesebuah perisian multimedia, maka semakin tepat dan sesuailah sesebuah perisian yang dibangunkan itu memenuhi keperluan kumpulan sasaran. Para pengguna secara amnya boleh dibahagikan kepada beberapa kategori mengikut umur, jantina, pendidikan dan sebagainya. Individu yang ingin membangunkan perisian multimedia perlu menentukan maklumat yang diperlukan dan bagaimana yang bersesuaian dengan para pengguna.

Langkah 4 – Spesifikasi

Pembangunan Spesifikasi Spesifikasi boleh dirujuk kepada dua aspek utama iaitu spesifikasi perisian dan jugaspesifikasi perkakasan. Spesifikasi perisian menyenaraikan apa yang akan dimasukkan ke dalam skrin, termasuk susunan setiap elemen dan fungsi setiap objek. Selain dari itu, keupayaan sistem komputer dari sudut kepantasan ingatan utama (RAM), ruang storan dan sebagainya juga perlu ditentukan dari awal bagi memastikan agar perisian yang dibina mampu dimainkan pada mana-mana sistem komputer yang dicadangkan tanpa sebarang masalah.

Langkah 5 – Papan Cerita

Papan Cerita dan Navigasi Pembinaan pembangunan perisian banyak meniru corak pembangunan filem,termasuk penggunaan papan cerita. Papan cerita atau ‘storyboard’ mewakili paparan setiap skrin dan cara mana skrin dihubungkan antara satu sama lain. Papan cerita bertujuan :
  • ·         penetapan gambaran kasar projek
  • ·         sebagai panduan kepadan pembangun program
  • ·         memberi gambaran bagaimana setiap skrin dihubungkan
  • ·         memberi gambaran bagaimana setiap objek berfungsi.
Navigasi atau penerokaan setiap skrin merupakan suatu elemen yang penting. Interaktiviti yang tidak linear akan memastikan projek yang dibangunkan itu menarik dan interaktif dan ini ditentukan oleh pembangun perisian itu sendiri. Satu lagi perkara yang penting dalam penyediaan papan cerita ialah merancang sistem penerokaan bagi setiap skrin di dalam papan cerita tersebut. Salah satu aspek multimedia yang paling penting bagi memastikan sesebuah aplikasi yang dibangunkan menarik serta interaktif ialah aspek interaktiviti yang tidak linear. Hubungkait antara skrin melalui penggunaan butang, hyperteks dan hot spot membenarkan pengguna berpindah dari satu skrin ke skrin yang lain Sistem penerokaan atau navigasi boleh dilakukan dalam pelbagai cara , seperti susunanyang berturutan, mengikut topik atau melalui konsep penjelajahan. Penerokaan mengikut susunan yang berturutan akan menghasilkan satu sistem yang membolehkan seseorang pengguna bergerak secara linear.


Fasa 2 – Penyediaan

Langkah 6 – Isi Kandungan

Pembangunan Kandungan Dalam fasa pembangunan perisian, proses kerja berubah dari merancang dan mereka bentuk kepada proses pembangunan perisian. Ianya mempunyai dua langkah utama iaitu langkah pembinaan isi kandungan dan langkah mengarang atau mengaturcara tajuk. Spesifikasi perisian meliputi sebarang skrip yang akan digunakan bagi menggambarkan isi kandungan sesebuah perisian multimedia. Terdapat banyak perkara mengenai isi kandungan yang perlu diberi perhatian, antaranya:

  • ·         Tahap kualiti isi kandungan
  • ·         Bagaimana isi kandungan dijana
  • ·         Siapa yang bertanggung jawab dalam mendapatkan hakcipta
  • ·         Bagaimana isi kandungan disimpan dan didokumentasikan

Sekiranya sesebuah perisian multimedia menggunakan semula isi kandungan yang sedia ada seperti dalam buku atau katalog, proses mendapatkan bahan mungkin lebih mudah. Walau bagaimanapun jika isi kandungan yang perlu dihasilkan terutamanya yang mempunyai animasi dan video, proses yang terlibat adalah lebih banyak dan sering memerlukan perjanjian dengan pihak pembekal luar.


Langkah 7 - Pengarangan

Proses mengarang atau mengaturcara akan menjadi lebih mudah sekiranya proses membina spesifikasi dan papan cerita telah disiapkan dengan sempurna semasa proses perancangan. Proses pengarangan melibatkan pemilihan imej, bagi latar belakang, jenis teks, mengimbas beberapa grafik, mengimpot video, audio dan sebagainya. Proses penulisan skrip dianggap sebagai titik fokus yang bertujuan untuk menetapkan fungsi di dalam spesifikasi yang ditentukan. Proses ini merangkumi pemeriksaan keatas input pengguna dari papan kekunci, kemampuan mencapai peranti luaran seperti CD Video, mengenalpasti konfigurasi sistem main semula dan menwujudkan program installasi untuk memulakan sesuatu aplikasi atau program.


Antara perisian pengarangan dan pengaturcaraan yang menyediakan kemudahan membangunkan produksi multimedia ialah seperti Microsoft Visual Basic, C++, Macromedia Authorware, Macromedia Director, Toolbook dan sebagainya. Seseorang pembangun program adalah digalakkan dapat bekerjasama dengan pereka antaramuka dan penulis isi kandungan supaya spesifikasi yang dirancang dapat memenuhi semua kriteria.

Fasa 3 – Pengujian

Langkah 8 – Pengujian



Fasa ini merujuk kepada proses menguji dan menilai perisian yang terhasil agar menepati kehendak yang telah ditetapkan. Perisian yang telah selesai diuji dan dinilai dijangka akan berkualiti serta memenuhi kehendak pengguna sebenar apabila ianya digunakan oleh kumpulan pengguna sasaran tersebut. Walaupun proses pengujian diletakkan sebagai langkah terakhir, namun proses ini merupakan suatu proses berterusan. Melalui fasa pembentukan tajuk, adalah mustahak untuk menguji rekabentuk dan fungsi yang digunakan. Pengujian boleh dimulakan dari awal lagi iaitu dalam peringkat pembinaan konsep. Menguji sesuatu perisian multimedia melibatkan proses memastikan sama ada fungsi yang dipilih bertindak balas mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan dan boleh menjawab beberapa soalan seperti berikut:


  • ·         Adakah dengan mengklik setiap butang atau objek pada skrin akan menghasilkan tindakbalas yang bersesuaian ?
  • ·         Boleh animasi, bunyi dan klip video dikawal oleh pengguna?
  • ·         Adakah grafik, teks dan lain-lain elemen terhasil dan diletakkan di lokasi yang betul ?

0 comments:

Share your comment here!!

Note: only a member of this blog may post a comment.